
JK Buletin merupakan satu jawatankuasa unit matematik kmpk. Laman JK Buletin ini memaparkan informasi terkini aktiviti dan program kecemerlangan matematik yang telah dijalankan.
OBJEKTIF JK BULETIN
Meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan pensyarah terhadap aktiviti dan program unit matematik ke arah pembinaan insan kmpk yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta berhemah tinggi.
Meningkat dan mengukuhkan kefahaman, keyakinan serta sokongan pensyarah-pensyarah unit matematik secara berterusan.
Mempromosikan maklumat mengenai aktivit dan program unit matematik agar warga kmpk memahami, menyokong dan menghayatinya.
Membentuk pemikiran pensyarah matematik agar sejajar dengan misi dan visi KMPk bagi membina sebuah kolej matrikulasi yang terunggul dalam bidang Akademik.
Mengukuhkan penggunaan ICT di kalangan pensyarah dan pelajar selaras dengan Dasar Kualiti KMPk.
Lain-lain Buletin: MathsGen
JK Buletin








Gallery
Pada tanggal 22Februari 2014 iaitu hari Sabtu, Program Maths-IT Shopping telah diadakan dengan jayanya di Dewan Seri Kinta, Kolej Matrikulasi Perak. Pertandingan yang pertama kali diadakan di bawah kelolaan Jabatan Matematik KMPk telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dengan penyertaan seramai 2000 orang pelajar. Penyertaan dari pelajar PST Sains dan Akaun semua modul serta PDT 2 dan PDT 4. Tulang belakang utama pertandingan ini adalah Unit Matematik dan Unit Sains Komputer.
Terdapat 24 booth-booth yang disediakan untuk pelajar membeli tanpa memerlukan wang tunai dengan menawarkan hadiah hamper-hamper mengikut kepantasan dan kecekapan menjawab soalan matematik dan sains komputer. Ternyata semua booth menjadi sesak dengan pelajar-pelajar yang berebut-rebut untuk mendapatkan soalan serta menyemak jawapan.