top of page

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK pelaksana yang telah menjalankan tugas dengan baik dan teratur mengikut ketetapan dalam mesyuarat yang telah dijalankan. Penghargaan kepada pihak yang telah melibatkan diri secara langsung atau tidak sewaktu majlis ini berlangsung atau sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Aturcara pertandingan adalah pelajar diberikan masa 20 minit untuk menyiapkan seberapa banyak soalan yang boleh. Selepas itu, pelajar boleh menebus hadiah dengan bilangan soalan yang betul mengikut bilangan yang telah ditetapkan oleh AJK Penebusan.

 

Para pensyarah serta pembantu-pembantu booth yang terdiri daripada pelajar juga tidak menang tangan dalam melayani kerenah pelajar-pelajar yang datang ke booth-booth yang telah disediakan. Selepas itu pertandingan itu diteruskan lagi untuk 20 minit yang kedua dan seterusnya. 

 

Aktiviti ini diadakan supaya para pelajar  merasai keseronokan belajar dengan menggunakan kaedah yang berlainan untuk memberi variasi dalam pembelajaran Matematik dan Sains Komputer yang tidak tertumpu dalam kelas sahaja. Secara tidak langsung ia juga telah memberi satu pendedahan baru kepada pelajar menjawab soalan-soalan Matematik dan Sains Komputer dengan pantas dan tepat.

Tentang

 

 Program ‘MATHS-IT SHOPPING’ diadakan untuk semua pelajar supaya dapat menyertai aktiviti motivasi dan juga untuk menerapkan minat, teknik dan keyakinan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Matematik dan Sains Komputer.

 

© 2014 by JK Buletin Mathematics Unit,KMPk. 

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • Google+ B&W

31600 Gopeng Perak.

+05-359 4949/ 05-359 4600

bottom of page